SelamaT Tahun Baru Cina 2012
Gong Xi Fa Chai 

waahhh... Banyak betul Limau di Supermarket tu, afie tengok ke main sebuk diorg dengan nak menjual Limau2 Di Musim Tahun Baru Cina Cedap tu :)
Sapa Da Ada kwan2 kaum cina tu Mesti ada yang mendapat Limau Free , tambahan Lagi di Tempat kerja kan2..... 


Tahun Baru Cina NI meriah Gila Pada 2012, Selamat tahun Baru Cina Semua kaum Cina Di Luar sana .






Al Fatihah untuk arwah Izwan Pilus
Penyanyi Khairil Izwan Pilus, 33 atau lebih dikenali sebagai Izwan Pilus telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 6:20 petang tadi di Hospital Ampang. Sumber mengatakan arwah meninggal dunia akibat jangkitan kuman di saluran pernafasan (lung infection).

Berita ini telah disahkan oleh beberapa rakan artis yang dihubungi oleh Arif AF, adik arwah sendiri.




Izwan Pilus, pernah popular dengan lagu berjudul ‘Kembali Senyum’, sebuah lagu asal daripada drama Korea “Full House” yang diadun semula dalam versi Melayu. Al-Fatihah.






NABI SAW dalam hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah, seorang lelaki datang kepada Nabi SAW lalu berkata: “Berwasiatlah kepadaku Ya Rasulullah. Lalu Baginda bersabda: Jangan engkau marah.” Nabi SAW mengulanginya sebanyak tiga kali.

Setiap manusia ada mempunyai sifat marah, begitu juga haiwan. Seekor kucing yang jinak dan manja akan marah apabila kita menyakitinya dengan menarik ekornya beberapa kali.

Sifat sabar adalah penghalang daripada sifat marah. Bagaimanapun, kesabaran ada had dan batasnya kerana apabila sudah hilang sabar maka timbullah kemarahan.

Menurut Imam Al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api bersumber daripada api Allah yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati. Maka terpulang kepada seseorang untuk cepat marah, marah keterlaluan (marah tidak bertempat), marah pertengahan (mampu mengawal marahnya) atau tidak tahu marah.

Marah yang sederhana adalah marah terpuji, manakala tidak tahu marah adalah terkeji dan marah keterlaluan adalah termasuk dalam marah terkeji yang dilarang oleh Nabi SAW seperti sabdanya.

Marah keterlaluan dilarang Islam kerana mendatangkan kesan dan implikasi tidak baik kepada orang yang marah, juga orang kena marah. Disebabkan marah ada rumah tangga runtuh, kerana marah anak didera, pembunuhan berlaku, anak lari dari rumah, majikan ditetak pembantu rumah dan kerana marah orang saman-menyaman.

Menurut Imam Al-Ghazali, 10 punca menyebabkan sifat marah:

* rasa bangga diri (sombong)
* takjub kepada peribadi sendiril
* suka bergurau senda yang ber lebihan dan melampaui batas  
* suka bercakap perkara sia-sia
* suka membuat fitnah
* suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara
* khianat
* tamak kepada harta dan pangkat
* tidak dapat mengendalikan nafsu dan emosi dengki dan irihati.

Apabila seseorang itu marah maka pergerakan fizikalnya akan turut berubah. Api kemarahan semakin memuncak menyebabkan percakapannya menjadi kuat, kata-kata tidak teratur, bahasanya lucah, kasar dan bersifat menghina.Orang yang marah akan merendah-rendahkan orang dimarah, muka dan matanya menjadi merah, badannya terketar-ketar, tangan dan kakinya menjadi ringan untuk memukul dan menghentam, akalnya pada waktu itu tidak digunakan secara betul, semua tindakan mengikut nafsu kemarahannya.

Bagi orang yang waras, tentu kita tidak sanggup melihat keadaan kita sewaktu marah jika ia dirakam dan ditayang semula untuk menontonnya. Bagi orang yang kena marah mungkin akan berdiam diri, kadang kala melawan dengan kata-kata atau kekuatan.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
kepada rakan2 di luar sana afie nak kongsi dgn korg tentang survey...
Korg tgok dan hayati Video ni betul lepastu korg buat. Untung korg...
Sebelum nak buat tu korg kena daftar click [Paypaldulu ye kalau xnak Pun xpe terus korg daftar click
[Survey] .