Pembersih Muka Tanggal Kulit Mati Pada Wajah




SETIAP wanita pasti tahu langkah pertama untuk memiliki kulit cantik dan licin adalah melalui rutin pembersihan muka yang betul.
Bukan hanya membersihkan kotoran, minyak, solekan, pencemaran dan sel kulit mati malah rutin pembersihan yang betul dapat membantu melindungi kulit kelihatan tidak sempurna seperti kehadiran bintik hitam. 
Memahami kepentingan pembersihan wajah, L’Oreal Paris memulakan ciptaan terbarunya dalam memberi inovasi kepada wanita bagi memastikan kulit mereka sentiasa bersih dan dijaga rapi dengan Perfect Clean.


Melalui ciptaan terkini yang diperkenalkan kepada wanita itu, pembersihan muka yang perlu dilakukan setiap hari menggunakan formula mengikut jenis kulit si pemakai.

Pembersih muka berkenaan dilengkapi dengan berus dikenali sebagai scrublet
yang digunakan untuk membersih secara mendalam bagi menanggalkan kulit
mati pada wajah.


Menggunakan span yang lembut dan fleksibel, 500 berus silikon yang terdapat pada permukaannya membantu menghapuskan kotoran pada kulit secara mendalam menerusi tiga langkah mudah.


Kehadiran berus yang direka unik itu dapat membersihkan liang pada setiap sudut termasuk di bahagian hidung yang kebiasaannya sukar dilakukan setiap kali membersihkan wajah.


Ia sekali gus dapat membantu memaksimumkan prestasi formula pembersihan yang digunakan untuk menghapus kotoran lebih jauh ke dalam liang secara perlahan-lahan, tetapi berkesan mengeluarkan minyak dan solekan.


Hasilnya, liang roma menjadi lebih kecil dan sedikit tegang bagi membantu memiliki kulit licin dan halus.


Ia ditawarkan dalam empat jenis seperti menyegar, sental pembersih dan melegakan untuk pelbagai jenis kulit.


Bagi wanita yang ingin menghaluskan liang roma dan menghapuskan kulit mati, penggunaan sental pembersih dapat membantu memiliki kulit lebih lembut dan bersinar.


Selain itu, pembersih muka yang mengandungi bahan asid salisilik sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat dalam membantu membersihkan kulit secara mendalam.


Berbeza untuk kulit sensitif atau kering, penggunaan pembersih muka berbuih dengan formula bebas pewangi dapat membantu menyegarkan wajah dengan membersih secara lembut. Pembersih muka terkini L’Oreal berkenaan kini berada di pasaran pada harga RM35.90.


~Metro~

0 KOMEN SIKIT ^_^: