Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Apa khabar semua, harap semua sihat di samping keluarga tersayang. Afiey nak sentuh sikit perkara tentang berterima kasih kepada orang, korang tahukan dekat malaysia ni, macam-macam iklan nasihat contohnya macam ucapkan terima kasih kepada orang yang memberi apa-apa saja dan melakukan sesuatu pada kita, bagi Afiey tak kiralah baik atau jahatkan berterima kasih sajalah... 

Bukan apa, dalam dunia kita ni ada lagi manusia yang tak reti nak berterima kasih pada orang, bila terima sesuatu dia tak berterima kasih, kononnya malulah tu, tak ada maknanya nak malu, berat sangat mulut nak ucapkan terima kasih pada orang.  alangkah baiknya jika kita berterima kasih pada orangkan, berterima kasih kepada semua orangkan baik. orang kata berterima kasih ni, seolah-olah menerima sesuatu itu kita hargai. Yeka? Kalau betul apa yang afiey hujahkan ini, oklahkan kalau tak betul maaflah.

Selain daripada itu, kita berterima kasih pada pemberian dan bantuan orang, ada juga yang berterima kasih pada orang yang melakukan perkara yang jahat padanya.  Alah, baru-baru ini, afiey terjumpa dengan seorang budak Pra Sekolah dia diajuk oleh rakan-rakan dia, tapi dia buat macam tak ada perasaan saja, afiey cuma lihat apa yang budak tu akan buat pada kawan-kawan dia, afiey nak bantu dia, tapi bila afiey nak dekati dia, afie terdengar dia berterima kasih pada kawan yang ajuk dia, dia tak nangis langsung, wah sejuk perut ibu mengandung katakan.  Itu satu pengajaran buat afiey dan semua orang yang membaca atikel blog afiey hari ni.  Afiey tertarik dengan apa yang budak itu lakukan. So.., tak susahkan kita nak sebut terima kasih, lainlah kalau bisu. ^_^





Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera...

Bacalah asyik tengok gambar saja faham ke tengok gambar?
Itulah satu perkara yang bermain dalam fikiran afie sebenarnya, pada zaman persekolahan bila masuk perpustakaan mesti jumpa dengan orang yang ambil buku tengok gambar tapi tak baca. Adakah dia faham? Ya betul ada jenis orang dia faham jika lihat gambar, adakah dia faham sepenuhnya? Sebab itulah afie terfikir benda macam ni sampai sekarang masih ada orang yang ambil buku tengok gambar tapi tak baca. Memang itu satu kehendak mereka nak baca atau tidak, bagi afie sekurang-kurangnya jika kita baca ada juga ilmu untuk kita pelajari, membaca ini menimba ilmu, betulkan? Sekarang ada yang malas nak membaca hanya sekadar melihat gambar, tapi itulah bila ditanya terdiam pula, bukan nak mengutuk tapi ini satu nasihat untuk semua orang, termasuklah afie juga.


Anda di luar sana membacalah untuk menimba ilmu, jangan melihat gambar semata-mata anda faham sepenuhnya, bagi afie tidak, sebab gambar ini memang satu gambaran pada jalan cerita tapi dia hanya gambaran sahaja, yang boleh difahami adalah membaca dengan teliti dan fahamkan jalan cerita apa saja atikel yang kita baca.

Adakah susah untuk kita membaca? Rasanya tidakkan, cuma ada unsur-unsur malas betul tak? Afie pun sama juga tengok saja ayat-ayat yang panjang malas nak baca, itulah kita semua sama saja hah! Apa yang afie persoalkan ini adalah betul kalau kita tidak membaca kita tak akan faham sepenuhnya. Di sini satu pengajaran juga pada diri afie sebab apa, sebab diberi baca satu buku, lepas tu baca sampai muka surat 10 dah malas nak baca. Bila kena soal mulut tergagap-gagap nak sebut. Lawak aje...

Dulu afie rajin membaca, macam novel memang minat sangatlah time-time sekolah, lepas sekolah pun ada juga baca novel-novel ni. Tapi makin lama makin afie bosan sebab malas membaca. Jadi pada anda semua kalau malas baca anda mesti kena tingkatkan prestasi anda dalam rajin membaca. Sekarang afie dah mula nak rajin membaca, rajin singgah blog-blog orang baca benda-benda yang menarik, baca akhbar hariankan.

Orang sekarang dia nampak benda menarik dalam atikel-atikel baru kelang-kabut nak baca, macam afie sendiri senget aje.. 

P/s: Apa pun jom kita sama-sama rajinkan diri dalam membaca. 
        Tengok atikel afie ni panjang aje mesti ada yang baca sekerat aje 
        ni. Tak apa asalkan kita baca. OK!! Hehehe...
Assalamualaikum..

Afiey lama tidak "update" blog afiey, "now" pada bulan ini afiey menampilkan dengan warna meriah, template ciptaan afiey sendiri. Afiey nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelawat afiey yang tidak putus-putus melawat blog afiey yang lama tidak "update" ni, template lama sawang banyak.

Afiey bersyukur kehadrat ilahi kerana dapat kembali semula ke laman blog afiey yang berwajah baru dengan design ciptaan afiey.  Untuk pengetahuan semua, afiey sudah delete semua tutorial blog, kerana banyak "code" yang "error" dan juga software-software yang afiey kongsikan dengan anda semua sudah tak boleh digunakan lagi.  Insya Allah, afiey akan mulakan dengan topik dan perkongsian ilmu yang baru dan menarik untuk semua.

Dengan ini, afiey akan cuba mengeluarkan tutorial secara "video screen", insya Allah kalau rajin.  Afiey bukan apa kadang-kadang malas juga sebab tak banyak idea, tapi afiey akan cuba buat lebih menarik lagi supaya semua suka.

Suka tu suka jugakan, jangan lupa "follow" blog afiey tau lepas tu bolehlah korang semua singgah blog dscarnia "my sis", apapun kepada semua tu afiey harap korang semua happy dan sihat disamping keluarga. Amin....
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


Soalan Afie:

Perlu ke mengalah, apa kes ni?


Itulah masyarakat di luar bila melakukan perkara yang perlukan sesuatu usaha, bila gagal mulahlah mengeluh, bagi afie perlu ke kita mengeluh? Usahlah kita mengeluh dengan sesuatu gagalan. Usaha tanpa putus asakan lebih baik, Allah pun suka pada orang yang berusaha tanpa putus asa.  Kita berdoa agar segala kegagalan itu tidak berulang dan diringgankan. Doa pun satu usaha untuk kita memohon kepada Allah tanpa putus asa, betul tak? Cuma cepat atau lambat saja untuk kita dapat menerima segala rezeki pemberian Allah.  Tapi kita perlulah ingat jika kita berjaya perlulah kita bersyukur kepadanya dan perbanyakkan melakukan ibadat yang wajib ditunaikan. 


Afie kadang-kala tertanya-tanya, kenapa seseorang itu dia berjaya akhirnya dia jatuh.  Ada yang mengatakan pada afie kerana kerjayaan kita bangga-banggakan tanpa erti syukur, Allah berhak menarik semula kerjayaan yang diberi pada seseorang itu untuk menguji keimanan ia, supaya ia mengingati Allah Yang Maha Esa. Subbahanallah... 


Apa yang afie sentuhkan tentang ini adalah satu perkongsian dan nasihat, afie pun sedar banyak juga kesalahan dalam diri ini, semua orang ada kesalahan tipulah kalau tak ada.



P/s: Di sini kita perlulah ingat tanpa usaha kita tak akan berjaya dan 
        perlulah kita bersyukur kerana segala rezeki itu adalah satu 
        pemberian dari Allah.

Dicipta untuk penggemar kopi yang ingin memiliki yang terbaik dalam kehidupan. Mengandungi 10 herba pilihan yang terbaik dan berkhasiat.
KHASIAT KOPI MAHKOTA DEWA 14 DALAM 1:
  • Serta merta membuatkan anda rasa cergas dan aktif.
  • Memberi tenaga 8 hingga 10 jam dengan hanya segelas kopi shj.Sesuai semasa kita Berpuasa.
  • Menyembuh tekanan darah tinggi.
  • Menghindarkan pertumbuhan sel kanser (tahap 1 dan 2).
  • Meningkatkan kekuatan bagi penderita diabetis.
  • Merawat lenguh sendi, buah pinggang dan jantung.
  • Mencegah penyakit hati, alergi, rheumatk dan insoia.
  • Mencegah penyakit gastrik dan pinggang.
  • Menghindar penyakit kulit.
  • Mengatasi penggantungan ubat (anti oksidan).
  • Meningkatkan stamina dan ketahanan terhadap selsema.
  • Sedap dan harum baunya.
BUAH MAHKOTA DEWA (Phaleria Macrocarpa)
dikenal sebagai salah satu tanaman ubat di Indonesia. Asalnya dari Papua/Irian Jaya.
Buah ini dikenali dengan beberapa nama iaitu:
Makuto Rojo
Makuto Ratu
Obat Dewa
Pau (Obat Pusaka)
Crown of God
Boh Anggota Dewan
“For Indonesia, fruits and leaves of Phaleria macrocarpa has been used
to cure various health problems,
including empirical treatment for cancer , hypertension, hepatitis,
rheumatism, diabetes mellitus,
and gout” — from: wikipedia —

“Hampir kesemua ramuan yang terkandung di dalam kopi ini adalah produk atau bahan yang
 digunakan dan di amalkan oleh nenek moyang kita utk tujuan perubatan dan
 makanan kesihatan dari dahulu lagi”
 Kopi Pra Campuran Mahkota Dewa 14 Dalam 1:

  • Buah Mahkota Dewa Kopi Arabica Lempoyang Temulawak
  • Buah Goji Jerangau Kayu Manis Halia
  • Buah Pala Manggis Mengkudu Ginseng

* Lain-lain bahan: Krimer Bukan Tenusu dan Gula

P/s: 1. Bancuh kopi mahkota dewa hanya menggunakan sudu plastik 
            sahaja.
        2. Ibu mengandung tidak digalakkan minum.

SILA PM DI FACEBOOK  : KLIK SINI
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 

Disini afiey merindui semua rakan pengunjung blog afiey, sekian lama afiey menyepi diblog, sudah selesai tugas afiey kini afiey kembali semula dengan berwajah baru insya Allah, kini afie sudah menukar semua tema blog afiey dan juga telah reset semua tutorial dan software yang tak boleh dipakai lagi.

Selain itu, afiey telah merancang akan mengeluarkan tutorial dan perkongsian software dengan video agak lebih mudah untuk anda semua melihat dan memahami cara-cara pergunaannya. Segala yang afiey berikan pada semua afiey tidak bertanggungjawab jika berlakunya sebarang masalah maaflah.

Seterusnya, segala yang afiey update diblog afiey dengan pelbagai mood dan pelbagai cerita yang afiey kongsikan kepada semua.

Akhirnya, afiey harap semua dapat support blog afiey kembali macam biasa. Track "AFIEY KEMBALI", semoga dunia blog ini akan diperluaskan lagi dengan pelbagai artikel-artikel yang menarik, asalkan tidak mengeluarkan benda yang kurang menyenangkan masyarakat di luar sana.