Perlu Ke Kita Mengeluh?

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


Soalan Afie:

Perlu ke mengalah, apa kes ni?


Itulah masyarakat di luar bila melakukan perkara yang perlukan sesuatu usaha, bila gagal mulahlah mengeluh, bagi afie perlu ke kita mengeluh? Usahlah kita mengeluh dengan sesuatu gagalan. Usaha tanpa putus asakan lebih baik, Allah pun suka pada orang yang berusaha tanpa putus asa.  Kita berdoa agar segala kegagalan itu tidak berulang dan diringgankan. Doa pun satu usaha untuk kita memohon kepada Allah tanpa putus asa, betul tak? Cuma cepat atau lambat saja untuk kita dapat menerima segala rezeki pemberian Allah.  Tapi kita perlulah ingat jika kita berjaya perlulah kita bersyukur kepadanya dan perbanyakkan melakukan ibadat yang wajib ditunaikan. 


Afie kadang-kala tertanya-tanya, kenapa seseorang itu dia berjaya akhirnya dia jatuh.  Ada yang mengatakan pada afie kerana kerjayaan kita bangga-banggakan tanpa erti syukur, Allah berhak menarik semula kerjayaan yang diberi pada seseorang itu untuk menguji keimanan ia, supaya ia mengingati Allah Yang Maha Esa. Subbahanallah... 


Apa yang afie sentuhkan tentang ini adalah satu perkongsian dan nasihat, afie pun sedar banyak juga kesalahan dalam diri ini, semua orang ada kesalahan tipulah kalau tak ada.



P/s: Di sini kita perlulah ingat tanpa usaha kita tak akan berjaya dan 
        perlulah kita bersyukur kerana segala rezeki itu adalah satu 
        pemberian dari Allah.

0 KOMEN SIKIT ^_^: