Di KL: Bapa tiri kepada seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 4 tahun didera hingga menyebabkan kematiannya Selasa lalu telah pun ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam.

Sebelum ini, polis turut menahan ibu kanak-kanak terbabit berusia 31 tahun yang yang dipercayai mendera anak perempuannya iaitu Nurain Natasyah Abdullah, pada Rabu lalu sehari selepas kejadian itu dan kini masih dalam tahanan reman.


Gambar Hiasan

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan pada jam 4.25 petang kelmarin di tempat kerjanya di Cheras.

Menurutnya, lelaki terbabit yang bekerja sebagai jurukimpal kereta ditahan bagi membantu siasatan dan polis percaya dengan tangkapan ini dapat menyelesaikan kes terbabit.
Warga iran usaha pindah ibu negara bantu tangani gempa, cabaran sumber 

Di Tehran: Parlimen Iran meluluskan undang-undang membenarkan usaha memindahkan ibu negara ke lokasi luar Tehran, langkah yang dilihat perlu bagi menangani masalah yang dihadapi di Iran, tetapi dikritik oleh pentadbiran sebagai tindakan tidak munasabah.

Parlimen memperolehi 110 undian menyokong, berbanding 67 menentang dan 10 berkecuali untuk memindah ibu negara pentadbiran dan politik dari Tehran. Menurut undang-undang itu, pegawai pentadbiran akan mengetuai jawatankuasa termasuk pegawai Parlimen dan perbandaran untuk menilai dan meringkaskan kajian dibuat mengenai perpindahan ibu negara tersebut.

Penyokong berkata, Tehran terdedah kepada gempa bumi dan berdepan cabaran sumber dan pencemaran. Mereka berkata 11 peratus daripada penduduk Iran berada di Tehran, tetapi bandar raya itu merangkumi 25 peratus daripada kekayaan di negara. Kekayaan terus berpusat di Tehran manakala bandar raya kecil dan kampung terus miskin kerana perbankan utama, pembinaan dan industri lain bertumpu di bandar raya itu. 



Pembangkang pula berkata, daripada memindahkan ibu negara, lebih baik kerajaan menangani masalah dihadapi Tehran. Mereka berkata langkah besar perlu diambil untuk memastikan keadaan hidup lebih selesa di ibu negara baru yang dicadangkan. 
Timbalan Parlimen Iran, Majid Ansari, berkata pentadbiran juga menentang cadangan pemindahan ibu negara itu. 


Beliau berkata, cadangan pemindahan ibu negara adalah sesuatu yang serius, pentadbiran dan institusi politik perlu membuat pertimbangan dan pada masa sama mengambil kira nasib jutaan penduduk lain di Tehran jika ingin melakukannya. 

Di KUALA LUMPUR: Penjawat awam yang mempunyai akaun pinjaman perumahan Perbendaharaan dan merupakan mangsa banjir baru-baru ini, boleh membuat tuntutan insurans, kata Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Najib Razak.

"Penjawat awam yang menjadi mangsa banjir boleh hubungi @MOFmalaysia untuk mendapatkan maklumat tentang tuntutan insurans tersebut," kata Perdana Menteri. 

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian dalam akaun Twitternya hari ini bagi mengulas pautan twitter Bernama bertajuk 'Banjir: Penjawat Awam Digesa Kemuka Tuntutan Insurans Bencana Alam'. 





Bernama memetik makluman Kementerian Kewangan iaitu penjawat awam yang merupakan mangsa banjir di Terengganu, Pahang dan Johor yang mempunyai akaun pinjaman perumahan Perbendaharaan, dinasihati untuk mengemukakan tuntutan insurans bencana alam daripada panel insurans masing-masing.

Tuntutan insurans itu meliputi kerosakan struktur bangunan seperti dinding, lantai, atap, siling dan sebagainya, selain kejadian pecah rumah dengan tujuan mencuri semasa kejadian banjir.

Tuntutan boleh dibuat dengan menghubungi syarikat insurans/takaful yang sedia memberikan perkhidmatan.

Maklumat lanjut boleh dilayari di http://bpp.treasury.gov.my atau menghubungi meja bantuan banjir di talian 03-8880 212 

Sumber: Berita Harian
Di GEORGETOWN, Seorang pengantin lelaki, menjahit sendiri pakaian perkahwinannya bersama isteri.

Mohd Amzar Ismail, 28 Tahun, dari Bukit Mertajam gembira kerana berjaya menghasilkan sepasang baju perkahwinannya sendiri tanpa mengharapkan butik pengantin mahupun kedai perkahwinan yang lain.

Baginya, membuat sendiri baju perkahwinan ini memberi kepuasan yang tidak mungkin akan diperoleh seperti pasangan pengantin lain.

Selain itu, kos juga dapat dikurangkan sebab jika sewa baju pengantin, boleh cecah beratusan ringgit dan ada yang tidak dapat menyimpan baju perkahwinan mereka, sebaliknya terpaksa memulangkannya ke kedai semula.

“Tapi baju kahwin kami, dapat simpan sendiri hingga ke akhir hayat, jadikan satu kenangan.” katanya.

Dia yang bekerja sebagai pembantu juruaudit bertemu jodoh dengan seorang guru, Ramlah Rahman, 28 Tahun.

Ramlah yang berasal dari Sabah juga berbangga kerana suaminya berjaya menjahit sendiri pakaian pengantinnya.

“Tidak dinafikan pakaian adalah salah satu yang menjadi perhatian orang ramai ketika hari perkahwinan, baju yang direka oleh suami saya sendiri begitu selesa dan jika ada yang tidak kena, mudah saja untuk dia betulkannya kembali,” katanya.



Mohd Amzar sememangnya meminati bidang fesyen dan pernah bekerja sambilan di butik perkahwinan sejak dari zaman persekolahan lagi.
Di HERAT/AFHANISTAN. Seorang wanita di Afghanistan terpaksa menanggung derita selepas hidung dan bibirnya dikerat oleh suaminya yang juga seorang penagih dadah Tegar.

Setara, 30an, ibu kepada empat orang anak itu dilaporkan dipukul sebelum suaminya memotong hidung dan bibirnya. Amatlah kejam seorang suami ini ke atas isterinya.

"Dia bertindak ganas kerana saya enggan beri barang kemas untuk digadai bagi membeli dadah. Dia rampas telefon dan cincin saya sebelum melarikan diri," katanya..


Ibu Setara, Nasima berkata, dia mahu pihak berkuasa menahan menantunya itu dan merejam hingga mati bagi memberi pengajaran kepada orang lain, agar tidak ada semua orang berkelakuan seperti itu.
Di TAIPEI/TAIWAN. Gara-gara tindakannya yang kejam menyumbat kucing di dalam sebuah balang sebagai hukuman kerana nakal, salah seorang pelajar di Taiwan bakal berdepan hukuman penjara setahun dan di denda jika ia didapati bersalah dalam melanggar undang-undang perlindungan haiwan.



Kiki Lin pelajar Universiti Providence Taichung didakwa melakukan penganiayaan yang kejam ke atas haiwan selepas dia memuat naik gambar tersebut di Facebook.

Tindakan kejamnya itu mengundang kemarahan pencinta haiwan dalam kalangan pengguna laman sosial itu dan mereka turut menggelarnya sebagai pendera haiwan, dipetik dari laporan DailyMail.

Di Kuala Lumpur Perkhidmatan pengangkutan awam bandar bas RapidKL, sistem transit aliran ringan (LRT) dan monorel akan dilanjutkan sempena sambutan Tahun Baharu 2014, Selasa ini.

Naib Presiden Eksekutif Jabatan Komunikasi dan Pemasaran Strategik Kumpulan Prasarana Negara Berhad Lim Jin Aun berkata semua stesen LRT dan monorel akan dibuka sehingga jam 1 pagi dengan stesen utama iaitu KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek, Hang Tuah, Imbi, Bukit Bintang, Bukit Nanas dan Titiwangsa melanjutkan operasi masing-masing sehingga jam 2 pagi.

"Meskipun begitu, kami akan memantau bilangan pengguna dengan teliti. Jika terdapat keperluan untuk melanjutkan lagi tempoh operasi, kami akan berbuat demikian selain menambah bilangan tren," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perkhidmatan bas RapidKL pula akan dilanjut setengah jam melebihi perkhidmatan tren bagi memudahkan orang ramai, katanya.



Sumber Dari: Sinar Harian






Di TAWAU - Berwajah baru dan telah dilengkapi pelbagai kemudahan, Taman Rekreasi Air Panas Tawau kini muncul sebagai antara destinasi pilihan utama pelancong tempatan dan dari luar negara.

Mula dibangunkan lima tahun lepas oleh Rekobumi Sdn Bhd dengan kos RM1 juta, taman ini beroperasi sepenuhnya dua tahun kemudian.

Dalam wawancara dengan Bernama, pengarah syarikat itu Datuk Soon Ten Fook berkata pengambilalihan pengurusan kolam air panas ini dilakukan pihaknya kerana mendapati ia berpotensi menjadi produk pelancongan popular, di samping memuliharanya untuk generasi akan datang.

"Selepas mendapat kelulusan kerajaan bagi membangunkan kawasan ini, kami mula menyiapkan asasnya. Kami yakin ia mempunyai masa depan cerah dan inilah yang memberi semangat kepada kami.

Sumber Dari:Sinar Harian



Tahniah Dan Selamat pengantin baru buat deejay terkenal Linda Onn atau nama sebenarnya Rozlinda Onn, berumur 36 tahun itu telah sah bergelar isteri kepada Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan, 40 tahun dalam satu majlis akad nikah yang diadakan secara tertutup selepas solat Asar semalam.

Majlis yang telah berlangsung di Setiahills, Bukit Indah, Ampang itu hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat malah di fahamkan pihak media dilarang mengambil gambar pada majlis berkenaan.



Sumber Dari: Oh! Artis
Sandaran dengan satu klik, Seagate Backup Plus merupakan platform storan luara yang direka untuk kefungsian pada kedua-dua komputer Windows dan Apple. Ia menyampaikan ciri baru perlindungan, perkongsian dan menyimpan hampir setiap perkara digital termasuk kandungan di Facebook dan Flickr. Ia juga boleh dikatakan yang pertama di dunia membenarkan salinan pendua gambar di rangkaian sosial secara automatik, semudah membuat sandaran fail pada komputer.




Jenama: Seagate
Name Produk: Backup Plus
Harga: 2.5 Inci RM 289(500GB) Dan RM 389(1TB)
           
Berciri mudah alih, pencetak baru Epson Label Works LW-900P ini ideal untuk persekitaran berkapasiti kecil dan sederhana. Epson menawarkan pelbagai jenis label khusus, sesuai untuk sektor melabel barangan dan sebarang kegunaan lain. Selain itu, keupayaannya turut, meliputi cetakkan kod bar untuk pengesahan inventori. LW-900P dibekalkan dengan perisian suntingan label yang membolehkan anda memasangnya ke PC/Komputer serta menyunting secara terus untuk cetakkan.


Keluaran Jenama: EPSON
Nama Produk: Label Works
Siri: LW-900P
Harga: RM 750