Assalamualaikum dan salam sejahtera pada bulan puasa tahun 2014 ni admin nak berkongsi satu tips macam mana nak menghafal sesuatu supaya senang ingat. Yelakan kebanyakkan orang diluar sana kadang kala ingat-ingat lupa sesuatu yang penting macam surah-surah Al-quran, note, dan sebagainya. Mudah saja Admin pun kadang kalah ingat lupa juga hihi.., macam-macam cara kita boleh ingat dengan mengunakan buku note.
eh, kenapa pula buku note nak kena kaitkan dengan menghafal, itu soalan nak kena telan buku note hahaha...! Buku note adalah salah satu buku untuk kita catat setiap sesuatu yang perlu kita ingat. Pada zaman persekolahan kita pun pernah menyaling note yang guru-guru kita beri pada kita, apa sebab ? mestilah sebab untuk kita ingat dan baca atau menghafal, kalau tak ingat boleh jadikan buku note sebagai rujukan.

Selain itu, kita ada pelbagai jenis alat elektronik seperti smartphone, komputer, dan sebagainya. Alat tersebut mempunyai pelbagai aplikasi yang boleh kita muat turun seperti memo, jam peringatan dan sebagainya, betul tak. "kawan afiey dia tak ingat birthday girlfriend dia pun dia gunakan smartphone untuk alarm peringatan" hahahaha..

Selain itu juga, semua kemudahan dah ada cuma tak nak pakai saja, bagi yang suka menghafal itu baca berulang kali sampai ingat dalam kepala itu kenalah fokus dalam menghafal macam topik yang ni (Fokus sepenuhnya ketika menghafal), zaman admin sekolah bila tiba exam admin akan buat satu note pada kertas kosong, kemudian start nak ke sekolah sampai tiba ke sekolah admin hafal. Cuma leceh orang cakap nak hafal bagai, itu orang pemalas saja yang cakap tu.

Ha.. Justeru itu, sekolah tahfiz diorang admin dikategorikan sebagai orang yang hebatlah, sebab bukan apa diorang kena menghafal ayat-ayat Al-quran sampai habis, syukur alhamdulillah. Jadi diorang saja yang tahu bertapa sukar untuk menghafal ayat yang panjang untuk di ingatkan. So? kita boleh jika dengan usaha, pasti kita mampu lakukan.


Assalamualaikum afiey dengar produk dari cadbury kena voikot sebab ada DNA babi atau kinzir, ramai dekat luar sana kata nak berenti makan coklat itu, tapi ada yang sampai minta nak bersihkan diri bagai. Hmm.. afiey sendiri pun tak fahamkan babi saja bagi diorang haram tapi benda macam ni ada kita ambil kisah, aurat tak tutup, solat kadang tak, berzina sana sini macam-macamlah. Ada yang sedarkah semua itu. Mungkin ada yang tidak lakukan semua itu afiey tidak nafikanlah, cuma pada yang lakukan. Kalaulah kinzir itu boleh bercakap mesti dia akan berkata benda yang sama macam apa yang afiey katakan. So kita sedarkan semua itu sebenarnya cuma malas nak buat. Jadi disini jangan kita haramkan satu je ada lagi yang haram yang kita patut elakkan
. 000_dv621137.si

 Kenapa Babi Itu Haram?




Di Jempol: Ini kubur aku, yang tu kubur kau, "Itu antara ayat gurauan mereka ketika sibuk membersihkan kawasan pekuburan. Namun itu, kami tidak sangka gurauan itu menjadi satu kenyataan,” kata Jumari Jamalludin, berumur 29 tahun, abang salah seorang daripada tiga mangsa kemalangan yang maut di sana, kelmarin
.  
Kata Jumari, mangsa tersebut bergurau memilih kubur masing-masing ketika gotong-royong membersihkan kawasan tanah perkuburan Islam di Felda Palong 13, anjuran belia kawasan berkenaan pada waktu petang sebelum kejadian itu berlaku. 


   Muhammad Faizal Jamalludin, berumur 14 tahun, Mohamad Aflin Norirfan Md Jani, berumur 15 tahun dan Muhammad Syahreedzwan Mohmad Abdullah, berumur 17 tahun, disahkan telah pun meninggal dunia ketika dirawat di Klinik Kesihatan Felda Palong Sembilan. Seorang lagi rakan mereka, Mohd Mois Ikmal Mohd Nasir, 16 tahun, cedera parah dan dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah. Jumari, abang ketiga Muhammad Faizal berkata, adiknya bersama dua lagi rakannya itu sememangnya berkawan rapat sejak kecil walaupun umur mereka berbeza. “Mereka memilih satu kawasan lapang dekat dengan pokok di tanah perkuburan terbabit sambil menunjukkan lokasi kubur tempat mereka bakal dikebumikan kelak,” katanya. Menurut abang kedua Muhammad Faizal, Rosdi, berumur 31 tahun, dan ibu mereka, Asiah Roslan, berumur 46 tahun, adik bongsu daripada lima beradik itu, tidak banyak bercakap seminggu sebelum kejadian. “Adik memang seorang yang ceria dan periang, cuma sejak seminggu lalu dia lebih banyak mendiamkan diri. "Petang sebelum insiden juga, adik bersama dua rakannya itu kelihatan gembira sambil membawa motosikal dengan gerabak pembawa sawit, mengelilingi kawasan kampung,” katanya. Difahamkan, semua mangsa yang maut merupakan anak bongsu dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Palong 11. 



   Jenazah ketiga-tiga mangsa dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Palong 13. Ketua Polis Daerah, Superintendan Hamzah Alias berkata, ketika kejadian jam 9.30 malam, semua mangsa menaiki motosikal secara berasingan. “Tiga motosikal yang dinaiki kesemua mangsa datang dari arah jalan Felda Palong 16, manakala sebuah lagi motosikal yang dinaiki oleh Muhammad Faizal datang dari laluan bertentangan. Tiba di tempat kejadian kenderaan dinaiki semua mangsa bertembung antara satu sama lain. “Akibatnya, tiga mangsa maut ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Felda Palong Sembilan, dan seorang lagi cedera parah. Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga masing-masing. By: Sinar Harian