Alif Satar seorang penyanyi dan perlakon telah melangsungkan perkahwinan beliau bersama gadis yang bernama Sha Dila. Dulu ada terdengar cerita yang si Alif ni mahu kahwin jadinya betulahkan. 

Alif sah bergelar suami kepada Sha Dila jam 11.00 pagi tadi dengan berwalikan ayah Sha Dila ia itu  Halid Bin Mohamad. 

Di dalam majlis pernikahan itu dengan serba serdahana di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, Sha Dila telah menerima mas kahwin sejumlah RM80 dan hantaran RM19,000.

Majlis tersebut diadakan secara tertutup, hanya dihadiri oleh sahabat handai, ahli keluarga kedua belah pihak.

Gambar Hiasan

Di Putrajaya seorang guru besar, dua guru dan seorang ejen insuran telah direman selama empat hari untuk membantu siasatan berkenaan dengan kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran sains dan bahasa inggeris.

Selain itu, di Pulau Pinang, Parit Buntar, Perak juga pihak polis telah menahan empat guru dalam satu operasi bermula pada 3.30 petang dan gadget komunikasi turut dirampas.

Justeru itu, seramai 10 individu diambil keterangan diri terdiri daripada 6 Pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, seorang wartawan dan 3 orang guru.

Keempat-empat individu tersebut ditahan dibawah Seksyen 8 (1) Aktar rahsia rasmi (OSA) 1972 dan boleh didakwa atas kesalahan mendedahkan rahsia rasmi dengan salah.

Suspek berdepan dengan  hukuman penjara selama 1 tahun minima dan 7 tahun maksima jika di dapati bersalah.


Gambar hiasan


Di Putrajaya:- Sejumlah 473,175 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang kini sedang mengambil ujian kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 pagi tadi harus mengambil semula peperiksaan berkenaan kerana telah dikesan bahawa berlakunya satu kebocoran soalan, kata Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh.

Keputusan menduduki semula peperiksaan itu dibuat pada jam 11 pagi dan Lembaga Peperiksaan akan membincangkan bagi menentukan tarikh untuk menduduki semula peperiksaan itu.

Selain itu, Lembaga Peperiksaan telah membuat keputusan peperiksaan bagi subjek Sains adalah 30 september ini.

Dengan itu, bagi menyiasat kejadiaan itu, pihak jawatan kuasa bebas akan ditubuhkan, katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian dan Pelancaran Program Continuous Professional Development (CPD) di Sektor Pengajian Tinggi (SPT).






Di Pasir Gudang: Apabila ternampak van warna putih melintas di hadapan rumahnya di Taman Cahaya Masai, jantung si ibu Rahayah Bul, 42 tahun berdegup kencang serta badannya mengigil apabila kejadian anak perempuannya yang berusia 9 tahun cuba untuk diculik oleh seorang lelaki yang menaiki van putih.

Kata Rahayah "sehingga sekarang dia masih tidak dapat melupakan peristiwa anak tunggalnya iaitu Nur Ainna Haili dicekik dan diacukan sebilah pisau pada leher oleh seorang penjenayah yang cuba mahu mencuri Perodua Myvi anak saudaranya".

Apabila dihebohkan tentang kejadian van putih menculik kanak-kanak, Rahayah sentiasa berhati-hati dan tidak jemu berpesan kepada pengasuh agar tidak cuai dan tidak membenarkan anaknya keluar rumah untuk bermain semasa dia tiada di rumah sedang bekerja.

Tiba-tiba di dalam kejadian jam 2 petang, dia berasa tidak menyangka lelaki van putih tersebut cuba untuk menculik anak beliau yang di panggil Ain, di hadapan matanya.

Dan sejak dari pada itu, Rahayah dia menjadi fobia apabila ternampak van putih dan bertemu dengan orang tidak di kenali.

Pada beberapa minggu yang lepas ramai yang tertanya-tanya siapakah pengetua Akademi Fantasia 2014 dan akhirnya terjawablah yang Datuk Hattan diumumkan bahawa ia adalah pengetua di Akademi Fantasia 2014.

Selain itu, Datuk Hattan telah mengeluarkan beberapa syarat-syarat jika dia menerima tawaran tersebut, syaratnya ialah beliau tidak mahu lagu-lagu ciptaan dari negara seberang dari Indonesia dinyanyikan oleh pelajar-pelajar Akademi Fantasia kali ini.

Katanya "Kita mempunyai banyak lagu-lagu tempatan yang masih boleh dinyanyikan oleh pelajar-pelajar Akademi Fantasia dan kita perlu bangga dengan ciptaan sendiri, daripada kita bayar royalti pada mereka lebih baik kita berikan sumbangan kepada industri tempatan kita".

"Tetapi jika lagu bersifat ketuhanan saya tidak menolaknya, saya terima seadanya. Lagipun saya melihat bakat yang ada untuk musim kali ini sangat bagus seperti Nuha yang mempunyai latar belakang jurusan muzik dan tidak salah untuk peserta diberi peluang untuk mencipta lirik atau lagu sendiri jika meraka boleh berjaya ke pusingan akhir nanti".

Datuk Hattan akan melakukan perubahan kepada pelajar-pelajar Akademi Fantasia pada musim ini dengan cara tersendiri dan sama-sama kita saksikan hingga ke akhir musim ini. 


Baru-baru ini Zaquan Adha mengamuk betul dengan seorang pelakon yang bernama Iqram Dinzly di twitter.
Yelakan si Zaquan ini marah betul dengan Iqram, kononnya tak sanggup melihat Ayu Raudhah diperlakukan bergitu di dalam sebuah filem lagenda budak setan 3. Sampaikan tidak benarkan lagi Ayu Raudhah berlakon lagi.

Sebenarnya apa yang si Iqram ni lakukan, sehinggakan Zaquan marah dan tak sanggup melihat? Ada agenda yang terlalu mesra atau intim? Tonton saja Filem Lagenda Budak Setan 3. 

Tetapi, Iqram tidak mahu mengalah dalam hal ini. Jawapan yang bertubi-tubi diberikan kepada Zaquan.
Kata si Iqram berlakon tidak sama seperti bermain bola di padang dan dia tidak berniat untuk merampas Ayu Raudhah dari si Zaquan pun. 

Posting Zaquan di twitter:




Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah mewujudkan satu peraturan baru kepada pengguna yang menambah lampu aksesori tambahan pada kenderaan. Tindakan tegas akan bermula pada 1 Oktober 2014. Keputusan tersebut telah dibuat selepas mendapati ianya adalah satu penyumbang dalam kemalangan jalan raya.

Selain itu, pengguna yang ingkar dengan peraturan ini akan dikenakan denda/saman sejumlah RM300.

Antara pemasangan lampu aksesori yang tidak dibenarkan oleh JPJ:
  1. Pemasangan lampu HID dengan cara retrofit.
  2. Lampu berkelip-kelip [selain dari lampu pentunjuk arah] di bahagian belakang atau hadapan.
  3. Pemasangan pelbagai lampu tambahan selain warna putih atau amber di bahagian hadapan dan selain warna merah atau amber di bahagian belakang.
Patuhilah undang-undang jalan raya, ingatlah orang yang tersayang.

Gambar hiasan.


Manila: Senator Jessica Lucila Reyes yang kini ditahan kerana terbabit dalam skandal rasuah meminta pihak berkuasa menyediakan kemudahan Internet di Kem Bagong Diwa di Taguig City.

Dalam usul setebal enam muka itu, Jessica yang juga seorang peguam berkata, dia berhak mendapat akses Internet untuk komputer ribanya. 
Menurut Jessica, ia amat penting bagi membolehkannya menjalankan kajian perundangan serta berhubung dengan peguamnya. 

Peguam Jessica, Anacleto Diaz pula berkata, senator itu berhak menggunakan komputer dan kemudahan Internet bagi mempercepatkan persediaan pembelaan diri di mahkamah.


Pada awal muncul, penyanyi ini bertuah kerana syarikat rakaman sanggup berhabis demi menaikkan namanya.

Seperti artis lain yang bernaung di bawah label itu, dia diberi peluang dan layanan sama. Sempatlah merakam dua single yang menjadi siulan ramai. 
Bagaimanapun, Sha difahamkan penyanyi ini langsung tidak menghargai usaha syarikat rakaman. Malah, dia tidak mahu turun padang mempromosi dua single itu. 

Apabila sesi fotografi diatur dengan pihak media, dia hanya bersetuju hadir jika diberi bayaran. Dari mana dia ‘berguru’Sha pun tak tahu.


Ada ke patut orang mahu promosikan lagunya, dia mahu minta bayaran? Perkara itu pernah jadi bualan hangat satu ketika dulu sampaikan wakil syarikat rakaman malu nak berdepan media.



Siapa sebenarnya Wak Doyok? Mungkin itu antara persoalan yang membelenggu sesetengah orang saat melihat figura bermisai melentik ini.

Awal kemunculan, pemilik nama sebenar Tengku Muhammad Azwan Shah, 34, ini banyak dilihat di pentas peragaan mahupun menghiasi majalah fesyen.

Sejak akhir-akhir ini, Wak ­Doyok mula menjadi hos program dan menjadi model ikan komersial dan terbaru, menjayakan sitkom Small Mission Enterprise (SME) musim ketiga.

Kepelbagaian bidang diceburi itu menimbulkan tanda tanda status Wak Doyok dalam industri. Bertemu dengannya ketika majlis pra-tonton SME baru-baru ini, ikon fesyen Mods itu mengakui, lakonan mahupun pengacaraan bukan fokus utamanya.

Gambar Hiasan

Kuala Lumpur: Keinsafan dan taubat yang diharapkan, sindiran tajam yang diterima. Itu senario pilu dialami Hajar, 40 tahun, selepas meminta tiga anaknya yang terbabit dengan kegiatan ajaran sesat kembali ke pangkal jalan, sebagaimana disiarkan akhbar metro harian.

Hajar berkata, sindiran itu diterima menerusi mesej bersuara di telefon bimbit yang dihantar oleh seorang daripada anaknya jam 12 tengah hari.

“Dia menghantar tiga mesej bersuara, termasuk rakaman suara anjing menyalak dan saya percaya ia sindiran keras selepas saya mendedahkan kesesatan mereka di dalam Harian Metro,” katanya. 

Muka depan Harian Metro semalam bertajuk ‘Taubatlah Anakku’ memaparkan luahan pilu Hajar yang meminta ketiga-tiga anaknya bertaubat selepas mereka menjadi pengikut ajaran sesat.


Sebelum itu, muka depan Metro Ahad, kelmarin melaporkan luahan bapa Hajar mahu dikenali sebagai Azim, 69, yang berdepan dugaan lebih hebat apabila isteri, lapan anak, tiga menantu dan 15 cucunya terjebak dengan ajaran sesat sama.



Kuala Lumpur: Tiga puluh penyiasat akan kembali ke Ukraine untuk meneruskan siasatan di kawasan nahas pesawat MAS bagi penerbangan MH17 berikutan perjanjian damai terbaru antara Russia dan Ukraine.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, ketika dihubungi, berkata pasukan itu akan berlepas, pada 7 September tetapi tidak pula mengulas lanjut bila pasukan itu akan mula memasuki kawasan itu.

"Sekurang-kurangnya 30 penyiasat akan kembali ke timur Ukraine bagi menyambung kembali tugas yang sebelum tergendala berikutan peperangan di wilayah berkenaan. Kesemua anggota terdiri daripada pelbagai pakar termasuk forensik," katanya.


Julai lalu, pasukan penyiasatan antarabangsa diketuai Malaysia, Belanda dan Australia terpaksa berundur selepas bebarapa hari berada di kawasan itu berikutan pertempuran sengit antara tentera Ukraine dan pemberontak pro-Russia.



Port Dickson: Seorang pekerja sebuah stesen minyak di Bandar Springhill, di sini, cedera ditetak tiga perompak bertopeng jam 9 malam tadi.

Mangsa warga Sri Lanka berusia 32 tahun itu sedang bertugas dengan rakannya sebelum diserang tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta Perodua Alza dan memaksa mereka menyerahkan wang.

Pengurus stesen minyak itu, Teo Poh Siong, 23, berkata mangsa enggan menyerahkan wang lalu dipukul dan ditetak suspek yang bersenjata parang di betis kanannya manakala seorang lagi pekerja tidak dicederakan.


Menurutnya, suspek melarikan wang tunai RM2,100.


Kuala Berang: “Boleh dikatakan setiap malam saya meminum air suam bagi mengekalkan kesihatan selain banyak menjadikan sayur sebagai hidangan bersama nasi,” kata Idris Hassan yang berusia 110 tahun.

Idris dari Kampung Tapah, dekat sini berkata, selain amalan berkenaan dia juga tidak mengamalkan meminum minuman berais dan petua itu diamalkannya sejak remaja sehingga kini.

“Saya meminum minuman yang dicampur gula serta susu, namun ia dalam keadaan terkawal dan biasanya sekali dalam sehari,” katanya.


Putrajaya: Kementerian Luar mengesahkan 29 pelajar Malaysia dilaporkan terperangkap dalam bencana banjir teruk di Jammu dan Kashmir, India.

Menterinya, Datuk Seri Anifah Aman berkata, seramai 10 pelajar terperangkap di Pahalgam dan masih gagal dihubungi Konsulat Malaysia manakala 19 pelajar lain pula terperangkap di sebuah hotel di Srinagar. 

Beliau berkata, semua pelajar berkenaan terdiri daripada pelajar perubatan dari Universiti Perubatan Manipal di Karnataka yang dibiayai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan juga pelajar persendirian. 

“Hujan lebat dan banjir di kedua-dua negeri itu menenggelamkan 450 kampung dan memberi kesan buruk kepada 2,000 kampung yang lain.


Kuantan: Dua pekerja warga asing maut manakala seorang lagi masih belum dapat dikeluarkan apabila tertimbus dalam runtuhan batu di kuari FELDA Bukit Sagu 4, dekat sini, lewat petang semalam.

Mangsa terbunuh adalah warga Indonesia dikenali sebagai Rudi Hartono, 30 dan Tang Yang Siew, 25, dari Myanmar manakala seorang lagi mangsa masih belum ditemui Cecep Rubiyanto, 22 (Indonesia).

Kedua-dua mayat terbabit ditemui di antara 7 dan 9.20 malam tadi.


Difahamkan, kejadian 5 petang itu berlaku apabila dua pekerja yang berada di atas bukit pada ketinggian kira-kira 50 meter dalam perjalanan turun selepas melakukan kerja.




Di Tawau: Sebanyak 100 buah rumah setinggan musnah dijilat api di Kampung Tanjung Batu Laut, petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Mohd Affendy K Ramin berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.20 petang.

"‎Kebakaran telah membabitkan rumah setinggan dan seramai 37 anggota bomba bersama tiga jentera  ke lokasi kejadian.

"Setakat ini, operasi memadamkan api masih dilakukan dan  belum dapat dikawal," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.


Bagaimanapun, Affendy berkata tiada mangsa dilaporkan setakat ini ‎dan pihak bomba masih bertungkus lumus mengawal kebakaran.