MARAN - Akibat gagal kawal kemarahan, seorang lelaki bertindak di luar kewarasan apabila membakar kereta Proton Perdana milik kawan sekampungnya dalam satu kejadian di Felda Sungai Nerek dekat sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 5 petang itu dipercayai berpunca daripada salah faham sehingga mencetuskan pertikaman lidah dan tuduh-menuduh melibatkan hal peribadi di hadapan rumah pemilik kenderaan terbabit.

Enggan memanjangkan pertengkaran, pemilik kenderaan tersebut beralih masuk ke dalam rumah tanpa mengetahui tindakannya itu telah membuatkan suspek tidak puas hati dan berang sehingga sanggup membakar keretanya menggunakan pemetik api.

Selepas melakukan perbuatan salah tersebut, suspek yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah bertindak melarikan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Mat Rizal Mat Radzi berkata, tindakan suspek berusia lingkungan 20-an itu telah mengakibatkan kerosakan teruk pada bahagian dalam kereta milik mangsa. By: Sinar Harian Pahang


KUANTAN – Seorang tukang mesin rumput menerima padah apabila dijatuhkan hukuman penjara seminggu dan denda RM3,000, oleh Mahkamah Trafik Kuantan setelah didapati bersalah mencabul seorang wanita, dekat sini semalam.

Tertuduh, Mohd Razali Shamsudin, 29, dari Kampung Gudang Rasau, yang mengekalkan pengakuan bersalah didapati mencabul jirannya, yang berumur 30-an di dalam bilik di Kampung Gudang Rasau, lebih kurang jam 6.20 pagi, 25 April lepas.

Tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana antara dua hukuman itu.

Mengikut fakta kes, pada 25 April lepas tertuduh dengan sengaja mencabul pengadu dengan cara memegang buah dada tanpa kerelaan dan setelah membuat aduan polis, tertuduh ditangkap pada hari sama.

Terdahulu tertuduh sempat membuat rayuan agar hukumannya dikurangkan memandangkan hanya berpendapatan sekitar RM800 sebulan. By: Sinar Harian Pahang


Rompin- Kerajaan Pahang telah mengumumkan pada 5 Mei ini sebagai cuti peristiwa untuk seluruh negeri bagi memudahkan pengundi berdaftar tunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya (PRK) Parlimen Rompin pada tarikh tersebut.

Datuk Seri Adnan Yaakob (Menteri Besar Pahang) meringkaskan kepada media berkata perkara ini diputuskan di dalam mesyuarat Exco yang diadakan di Majlis Daerah Rompin.


Admin Terjumpa Video Cara Membuat Perangkap Tikus Mengunakan Botol Mineral Di Facebook Kerja Dari Rumah. Di Sini Bila Di Lihat Sangat Unit Dan Kitar Semulakan. Apa Pun 'Try' Lah!!


BUAT PERANGKAP TIKUS PAKAI BOTOL AIR MINERAL
Buat Perangkap Tikus Pakai Botol Air Mineral
Posted by Kerja Dari Rumah on Sunday, 15 February 2015


JENGKA, PAHANG - Sekumpulan anak muda yang menggelar diri sebagai Anak Muda Jengka melakukan demo aman menolak cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilihat membebankan rakyat.

Seorang peserta, Asmawi Ahmad, 27, berkata, bantahan tersebut turut bertujuan bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat bahawa GST tidak wajar dilaksanakan ketika ekonomi rakyat yang semakin menghimpit.

Menurutnya, cukai berkenaan dilihat tidak mengembalikan semula kepada rakyat berbanding negara lain yang mengamalkan GST memberikan pendidikan percuma dengan taraf kemajuan infrastruktur setanding kenaikan cukai.

“Di negara ini, orang kelainan upaya (OKU) pun kena GST tambahan pula keadaan jalan raya yang teruk misalnya di Jengka.

“Kita sebagai rakyat sudah banyak benda kena bayar sedangkan gaji atau pendapatan tidak meningkat sekali gus kehidupan rakyat kini makin terhimpit,” katanya.

Seorang peserta, Mohd Jefri Din, 26, berkata, rakyat terutama golongan muda menolak sepenuhnya pelaksanaan GST kerana turut membebankan peniaga kecil apabila tiada hak membuat tuntutan bayaran.

By: Sinar Harian


Halo ha kami Jika Berminat.





Raub, Pahang- Warga emas keturunan cina yang berusia dalam lingkungan 70-an ke atas di sini diminta supaya mendaftar dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung untuk menerima sumbangan dari kerajaan negeri.

Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Raub, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin berkata, kerajaan negeri juga berharap bilik gerakan MCA turut mencari dan mendaftar bagi mereka yang layak.

"Dengan itu, kita mendapati masih ada aduan mengenai warga emas yang layak terima bantuan tetapi tidak menerimanya atas kerana nama mereka tidak ada di dalam senarai tersebut".

"Dan ada juga yang mendakwa nama mereka telah tersenarai, tetapi senarai nama tersebut tidak sampai ke kerajaan negeri. Justeru itu, kita meminta untuk mereka mendaftar pada pihak yang sepatutnya".

"Sumbangan itu merupakan satu inisiatif kerajaan negeri dalam meraikan satu sambutan perayaan  setiap kaum".