BENTONG PAHANG: Sebuah video dimuatnaik di laman sosial menunjukkan seorang pelajar kolej dibuli pelajar lain tersebar.

Video itu menujukkan mangsa yang hanya memakai tuala mandi dipukul bertubi-tubi oleh pelajar lain dipercayai telah dimuatnaik oleh rakan kepada bapa mangsa.

Ketua Polis Daerah, Suprintendan Mohamad Mansor Mohd Nor perkara terbabit akan disiasat. Menurutnya, kejadian berlaku pada tarikh 29 Mei lalu bertempat di dalam asrama kolej di mana tiga suspek telah dikenalpasti terlibat dalam kejadian itu.

"Pada jam lebih kurang 12.45 tengah hari, mangsa yang berusia 16 tahun itu telah dipanggil oleh suspek.

"Suspek bertanya kepada mangsa berkenaan tentang kes pecah almari dalam asrama sama ada mangsa ada laporkan pada guru berkaitan kejadian itu benar atau tidak," katanya.

Menurut laporan yang dibuat katanya, selepas ditanya tentang perkara tersebut, mangsa kemudiannya diminta untuk berpaling belakang.

"Apabila mangsa berpaling kebelakang, suspek secara tiba-tiba menendang mangsa dari belakang sehinggakan mangsa terhantuk ke dinding.

"Kemudian datang dua lagi suspek turut menumbuk dan menendang mangsa. Selepas puas memukul mangsa, suspek terus beredar dari tempat kejadian," katanya.

Mangsa berasal dari Semenyih, Selangor itu telah  dirawatan di Hospital Kajang kerana ingin pulang ke kampung halamannya untuk bercuti sekolah yang akan bermula pada Jumaat 29 Mei.

Pihak polis telah menerima memo perubatan mangsa daripada Hospital Kajang dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.