Gambar suasana di dalam Masjid Negara

KUALA LUMPUR-18 Sept: Kes seorang lelaki menampar Imam Masjid Negara tengahhari tadi, pihak polis membuat pengesahan untuk menahan seorang warganegara India yang bertanggungjawab menampar Imam tersebut.

Polis berkata suspek seolah-olah tidak waras dan bercakap seorang diri. Selain itu, suspek juga mendakwa beliau mendengar suara halus yang memintanya supaya menjadi imam semasa solat Jumaat itu berlangsung.




@501Awani: Video sedikit kekecohan di luar Masjid Negara sewaktu lelaki tersebut dibawa ke balai polis.
Posted by Astro AWANI on Thursday, September 17, 2015
Siasatan turut kren yang tumbang itu buatan jerman bukannya dari china


Di JEDDAH - ARAB SAUDI. Pihak berkuasa Arab Saudi mengenakan sekatan ke atas syarikat pembinaan BinLaden Group, susulan tragedi kren tumbang di Masjidil Haram.

Media tempatan melaporkan, sekatan itu termasuk memberhentikan operasi dan digantung daripada mengambil projek-projek pembinaan baharu.

Kakitangan syarikat milik keluarga pemimpin al-Qaeda, Osama Bin Laden itu turut dikenakan perintah sekatan perjalanan ke luar negara sehingga siasatan selesai dan tindakan undang-undang diambil terhadap syarikat terbabit.

Sekatan berkenaan dikeluarkan selepas pihak berkuasa melakukan siasatan awal terhadap tragedi yang meragut 111 nyawa itu, minggu lalu.

Sebelum ini, siasatan awal menolak motif jenayah, sebaliknya mendapati angin kencang dan ribut menyebabkan kren terbabit tumbang.

BinLaden Group adalah syarikat pembinaan terbesar di negara tersebut yang telah bekerja selama empat tahun dalam projek pembesaran Masjidil Haram bagi menampung peningkatan jumlah jemaah. - Saudi Press Agency
Mangsa meninggal dunia selapas koma akibat kemalangan jalan raya pada 9 september
Di Temerloh- Seorang remaja lelaki koma selepas motosikal yang ditunggang  merempuh Toyota Hilux yang dipandu oleh seorang ketua kampung dalam kejadian pada 9 september lalu. Mangsa telah meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas).

Mangsa yang bernama Mohamad Kamarul Ikmal Mohamad berumur 15 tahun itu parah dan di rawat selama 8 hari di ICU. Dalam kejadian membabitkan lima kenderaan itu, mangsa dirempuh Toyota Hilux dipandu seorang ketua kampung menyebabkan mangsa tersebut tercampak bersama motosikalnya yang ditunggang.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, dalam kejadian pada jam 10.21 malam di persimpangan lampu isyarat Jalan Bahagia itu, pacuan empat roda itu merempuh seorang penunggang motosikal dan merempuh pula tiga kenderaan lain di stesen minyak BHP Jalan Tengku Ismail.
Jerebu semakin pulih


Di kuantan- Fenomena jerebu yang melanda di beberapa kawasan negeri semakin beransur pulih apabila kawasan tiada yang mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dari petang semalam.

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU telah merekodkan tiga kawasan yang terjejas sebelum ini iaitu Balok Baru, Indera Mahkota dan Jerantut masing-masing mencatatkan penurunan.

Di kawasan Balok baru  bacaan IPU 65, Indera Mahkota (57) dan Jerantut (71) yang boleh dikategorikan pada tahap yang sederhana.

Pada tahap ini  tidak membahayakan kesihatan umum dan tiada sebarang sekatan aktiviti bagi semua golongan.

Keadaan jerebu di negeri Pahang dipercayai bertambah baik sejak semalam kerana menerima taburan hujan yang banyak dan tiada sebarang pembakaran terbuka dilakukan.